Tun Dr. Mahathir menggariskan tujuh kualiti untuk menjadi pemimpin yang baik, iaitu;
- Seorang pemimpin yang baik tidak semesrinya merendah diri tapi sekurang2nya tidak bercakap besar.
- Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
- Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri serta tidak harus menuding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.
- Beliau harus bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
- Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan serta perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
- Beliau patut bersedia melakukan apa yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan serta mendukung slogan kepemimpinan melalui teladan.
- Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang2nya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya.
So, adakah anda mempunyai ciri2 kepemimpinan seperti yang Dr. Mahathir jelaskan? Tepuk dada tanya selera, dikalangan anda mungkin pemimpin di tempat kerja, perniagaan, persatuan, bahkan di rumah sendiri.
0 comments:
Post a Comment